Monday, July 31, 2006

jari


hari khamis lepas, sepertinya sat hari yang malang bagi aku. dari pagi memang aku sudah mengamuk dengan pekerja-pekerja sudan. aku suruh angkat mesin basuh (ya, tempat yang aku buat ni complete dengan laundrette) yang beratnya kira-kira 60kg pun macam tak larat. 6 orang berkerumun untuk mengangkat satu mmesin basuh. itu pun tak terangkat. masing-masing ceneke (org kampung aku selalu cakap ni, means curik tulang? tipu?). last-last sekali aku pun tolong. ah. dah pukul 12, lunchtime. sambung lepas makan.

lepas makan, diorang start angkat dryer. dari jauh aku tgk dryer tu dah tergolek sebab forklift yang angkat tu, bawak tak betul. marah dengan keadaan tu, aku pergi tgk. fork lift dah angkat balik dan bawa ke laundrette. dia letak melintang, sebab tadi dryer tu dah tergolek. pekerja sudan garu kepala. aku.. terus arahkan angkat masuk ke dalam. keadaan dryer tu yang melintang menyukarkan aku mengangkat. pada fiiran aku, aku akan menegakkan dryer tu semula semasa angkat. apa yang diorang faham pun aku tatau. masa angkat, mesin tu masih lagi terasa berat walaupun dah 6 orang yang angkat. iye lah, diorang suka curi tulang. bila dah tak tertahan, diorang terus lepas, tanpa amaran pun. tinggallah jari aku yang masih cuba mengangkat. as a result, jari aku tersepit. walaupun aku dah cuba menarik tanganku sebelum itu. yeah, memang jari aku terlepas, tapi.. isinya terkeluar.. darah menitis atas boot . "allahuakbar" jerit aku secara sepontan. kecederaannya amat lah teruk. sepanjang hidup aku, inilah yang paling teruk aku pernah alami. selepas itu aku terus mencarut.

disebabkan oleh zul bawak pick up, jadi aku terpaksa berlari ke site office, 200m dari tempat tu. walkie-talkie pun aku tak bawak. berlari sambil pegang tangan ni, macam kurang laju lah. macam pondan pun ada. tambahan aku pakai safety boot dan helmet, lagi laa kurang laju. owh lupa, rayban aku masih lagi aku pakai. walaupun sakit, gaya mesti ada. eheheheh.. sampai kat office, faizal call pick-up. nasib baik ada.

dalam fikiran aku, hanya ada satu, jgnlah patah!. kalau patah, lagi serius. doktor yang check aku cakap tak ada apa2. dia hanya jahit balik isi yang terkeluar dan balut. 6 jahitan aku dapat untuk itu. 5 injection untuk bius. 1 untuk pain killer, 1 untuk antibiotik. jariku akan hilang keupayaannya untuk berfungsi buat beberapa lama. aku akan balik ke malaysia 18 august ini. aku masih meneka.. mampukah ia berfungsi seperti biasa?


owh . ni dia gambar masa dressing. masa jahit tu, aku tak ambil, sebab aku tgh sakit. tak ingat nak ambil gambar pun. erm.. sorry lah gambar agak blur.. tahan sakit sambil ambil gambar sebelah tangan..

Saturday, July 22, 2006

kemalangan

aku bukak mata, wan kejutkan aku. Dah pukul 7 katanya. Hati aku berat nak meninggalkan katil. Hari ni hari terakhir aku di palouge. Petang ni aku akan balik ke al jabalyn.

Aku ambil tuala, terus ke bilik air. Mandi air panas, 5 minit dah cukup. Sudah bersiap aku dengar riuh rendah kat luar. Aku dengar ada kemalangan semalam. Bas yang membawa pekerja balik dari site terbalik. Seorang meninggal. Bergegas aku ke klinik. Kawan-kawan aku semua dah ada kat sana. Zainol mundar mandir, keresahan.

Bas membawa pekerja yang buat over time terbalik katanya. Kemungkinan besar, pemandunya mabuk. Memang di sini agak biasa kedengaran berita fasal kemalangan, tapi kali ni, membabitkan pekerja sendiri.

Ku Tanya Rashid, apa sebabnya. Ah.. Rashid pun hanya mendengar dari mulut mangsa. Katanya bas dipandu laju. Pemandu juga mabuk. Selalunya tidak menjadi masalah, tapi kali ni, pemandunya gagal melihat simpang. Dia sudah tersilap agak, dan cuba pusing untuk masuk ke simpang. Kalau kereta, mungkin boleh jadi pelumba drift. Akibatnya, bas terbalik 2 kali. Seorang meninggal dunia, lagi 2 orang .. kritikal. Pemandu? Ah.. ku lihat pemandu tadi, tak nampak kecederaan teruk pun. Hanya luka di kepala. Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Semalam baru aku jumpa pekerja yang meninggal itu. Tengah memasang soket elektrik. Kelmarin baru awie kutuk pekerja itu juga, sebab tak pandai membaca lukisan. Hari ni dia sudah tiada.

Kita pun sama sahaja, yang hidup ini, bila-bila sahaja boleh mati. Tazkirah diri…

Friday, July 21, 2006

cuti

sebulan lagi aku akan balik, bercuti. aku dah pohon cuti tahunan aku, 7 hari. tambah dengan cuti 2 minggu yang sepatutnya aku dapat, semuanya 21 hari. waaahhh.. lepak sakan aku kali ni.

dalam kepala aku, dah merancang-rancang ke mana nak pegi. mula-mula, Port dickson, sebab kitorang ada hari keluarga. lepas tu tioman, dan lepas tu PD sekali lagi, batch aku ada reunion. penuh dengan aktiviti kali ni.

tapi yang paling penting, date aku dengan chics.. hihi.. well.. is it a date? naaahh.. kitorang memang selalu keluar. makan-makan, cerita-cerita. well, dia selalu penuh dengan cerita. dan aku tak jemu-jemu mendengarnya. dari cerita sedih, sampai lah cerita lawak. ah.. miss her smile so much.

chics.. tunggu aku okay?

Thursday, July 20, 2006

suratkhabar malaysia

Siti Nurhaliza kahwin dengan dato’ K! pecah berita tu kat Malaysia. Kat Sudan ni pun apa kurangnya. Aku tergelak-gelak sambil mengelengkan kepala. Hummm.. masyarakat Malaysia lebih mementingkan berita hiburan berbanding dengan berita penderitaan rakyat palestin dan kegigihan pejuang Hizbullah menentang Israel.

Setelah sebelum ini Mawi menghiasi berita utama akhbar di Malaysia dengan berita putus tunangnya, which is aku memang dah agak sekian lama, kini giliran Siti pula. Tajuk – tajuk seperti “baju pengantin siti berharga dari RM 30,000-RM45,000”, “siti masih tidak mengikuti kursus perkahwinan”, “Siti Berahsia tentang keistimewaan Dato’ K”, dan lain-lain lagi. Aku menjadi jelak membaca berita-berita sebegitu. Nasib baiklah aku bukan beli, online je. Kalau beli, for sure aku rasa macam membazir gile.

Apa lah salahnya kalau berita tu dimuatkan ke bahagian hiburan sahaja? Rugi sangatkah jikalau editor meletakkan berita pasal Palestin, pasal Lubnan, pasal peristiwa penting yang terjadi di Negara kita atau di luar Negara sebagai berita penting? Nampaknya tarikan Siti lagi kuat dari benda lain. Aku bukan cuba mengatakan bahawa akulah manusia yang paling concern tentang berita dunia, Cuma aku ingin melihat orang Malaysia menjadi orang yang mementingkan berita yang bermutu, berita yang boleh membina minda.

Khabarnya, kerajaan cuba untuk memupuk minat membaca dan juga menjadikan generasi akan datang, satu generasi intelek. Nampak gayanya, semua tu hanya omongan kosong sahaja. Bertambah intelek kah kita dengan membaca gossip-gossip artis? Kalau kita boleh menjadi intelek dengan berita sebegitu, nah.. lambakkanlah berita-berita tersebut sejak dari sekolah rendah. Ajarkan kanak-kanak bermula dari darjah satu tentang artis dan populariti. Bukankah ianya lebih bagus? Kan melentur buluh itu, biarlah dari rebung? heh heh heh

Wednesday, July 19, 2006

rindu?

aku terbangun pukul 4 pagi semalam. aku teringatkan seseorang. no.. not my girlfriend. someone that's been in my mind for such a long time. seseorang yang amat istimewa bagi aku. aku kenal dia sejak 6 tahun lepas. sejak itu kami jadi kawan baik. yeah.. kengkadang tu ada juga bergaduh. ermm .. sekali aku bergaduh dengan dia, sebab aku baik balik dengan ex-GF aku. setahun dia tak bercakap dan bertanya khabar berita. lepas tu .. okay balik. she's been a wonderful friend. entah kenapa, sepanjang kami kenal, tak pernah kami jadi serious couple. tak ada jodoh? mungkin juga. aku tak pernah berusaha? ermmm.. may be kot? tapi deep down inside, i do want her to be my love. sejak akhir-akhir ni pun.. aku kerap memikirkannya. Aku manusia keji? Tak setia? aku pun tak tahu. tapi yang paling nyatanya.. aku akan meminta pertolonganNya utk menentukannya. Aku hanya manusia yang lemah.. tak mampu memilih. oh tuhan.. tolonglah hambaMu yang lemah ini.

Monday, July 17, 2006

hoki kampung

Petang, tahun 1988. aku dengan pendi berkejar-kejar ke padang. Tadi baru tengok pasukan hoki Malaysia main kat tv. Hoki.. permainan baru yang aku tengok dekat tv tadi aku nak tiru. Tapi.. aku tak ada kayu hoki. Yang ada, hanya sebiji bola tennis dah dah buruk. Bulu-bulu bola yang dulu bewarna hijau, dah jadi hitam. Kebanyakannya dah botak pun. Bulu-bulunya dah tertanggal. Ah, bukan aku beli pun. Aku jumpa bola tu pun tepi gelanggang tennis sekolah Sekolah Menengah Dato’ Mahmud. Siapa punya pun aku tatau. Dah tertinggal kat sana laa tu.

Ah, aku ada bawak parang.. terus aku cari perdu pokok senduduk yang banyak tumbuh di tepi padang depan rumah aku tu. Nampak macam perdu pokok tu agak bengkok dan besar, aku terus tebang. Aku buang daun-daun senduduk itu. Rantingnya pun aku buang. Yang tinggal hanya batang pokok dan perdunya. Nah.. cukup cantik untuk dibuat kayu hoki macam yang aku tengok tadi.

Untuk pendi, aku pun cari dan bagi satu. Dah cukup 2 kayu, tapi kami sepatutnya main hoki beramai-ramai. 2 orang mana cukup. Disebabkan tak cukup orang, kami main pukul-pukul sahaja. Maksudnya, aku pukul bola tu, dan bertanding siapa pukul paling kuat dan paling jauh bola itu boleh pergi. Mula-mula aku pukul. Agak jauh juga bola tu pergi. Aku ambil dan tanda tempat bola aku berhenti.

Sekarang, giliran pendi pula. Dia acu-acukan kayunya ke bola. Nak pastikan kayunya tepat pada bola. Dia dah betul-betul bersedia, dan aku berada di belakangnya. Pendi angkat kayu hokinya tinggi-tinggi. Shuuuuppppp… pukulannya tersasar. Tapi, kayu dia terus hinggap ke muka aku. Cukup kuat untuk membuat aku rasa berpinar-binar. Pukulan tu tepat ke bibir aku sebenarnya. Bibir aku terasa kebas. Aku pegang dan tengok. Darah!.... air mata aku terus bercucuran dan serentak dengan itu, aku berlari balik ke rumah sambil memegang bibir aku aku yang berdarah.

Sesampainya ke rumah dengan sedu-sedan tu, aku terus panggil mak aku. Mak aku terus meluru sambil memangku aku. Emak memang memang tak boleh tengok anak dia macam tu. Air mata dia sama laju dengan air mata aku. Sambil menangis emak tanyakan aku kenapa. Aku jawab dengan tersekat-sekat. Dipapahnya aku masuk ke rumah.

Abah dah start enjin kereta. Aku dikejarkan ke hospital. Masuk emergency room. Ah, tak banyak pun. 3 jahit aku kena. Esoknya, bibir aku bengkak macam negro. Ah.. menyesal aku. Tak mau main hoki lagi sampai bila-bila!

Sunday, July 16, 2006

Badan Kebajikan

Lunchtime, selalunya aku akan menghabiskan masa untuk membaca email yang datang. Tak pun, aku akan menghabiskan masa untuk berchatting dengan kawan-kawan yang online masa tu.

Hari ni, aku online lagi. Sepertia biasa, aku akan berstatus invisible. Memang aku lebih suka invisible dari online. Sesaja nak lari dari masalah. Tiba-tiba adik aku online. Dah lama aku tunggu dia. Baru ni je muncul. Terus aku tegur. Dia macam terkejut aku online. Aku tanyakan tentang kereta aku. Sebab aku memang concern dengan kereta aku tu. Sepanjang aku kerja, kereta tu ditinggalkan sebagai amanah pada Mak aku. Tapi yang aku tau, abang aku lenjan. Tatau lah.. dah lunyai kot. Kecewa sebenarnya aku. Adik aku terus panggil abang aku.

Kutanyakan pasal kereta, dia cakap ada beberapa benda yang tak okay. Gearbox leaking, exhaust macam bocor dan sikit bunyi-bunyi dalam kereta. Ah.. normal bagi kereta seusia kereta aku utk mengalami benda-benda macam tu. Tapi yang paling mengecewakan aku, abang aku cakap “mie, sepanjang bulan lepas dan bulan ni, bang tih ada banyak pakai duit kau, tapi nanti bulan depan bang teh bayarlah sebab sekarang tengah tunggu loan approval.” Senang je bunyinya, macam ayat “ kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 30 sen bermula tengah malam ini, namun begitu, harga minyak petrol dan diesel di Malaysia masih lagi murah berbanding Negara-negara Asean kecuali Brunei”. Aku agak terkejut sebenarnya mendengar apa yang abang aku cakap. Bukan sekali dia buat benda macam tu. Dah banyak kali. Dulu masa kitorang duduk sama-sama dekat Pantai Hill Park, dia selalu buat pinjam duit tak bagitau. Sekali tu aku mengamuk, sebab duit dalam wallet aku, kurang RM50. aku cukup particular pasal apa yang aku ada. Aku mula laa tuduh sesapa yang dalam rumah tu, last-last sekali dia mengaku dia pinjam duit tu. Aku terus cakap, “bang teh, kalau nak pinjam cakap laa org boleh kasik, jangan laa terus ambil dalam wallet org”. disebabkan kata-kata itu dia mengamuk kat aku. Dia cakap aku tak hormat dia sebagai abang. Aku cakap, aku hormat dia sebagai abang, tapi cubalah hormat aku sebagai adik juga. Wallet aku, adalah wallet aku, bukan wallet dia. Aku cakap, dulu kalau aku nak pinjam duit dia, ada aku pergi dan ambil dulu duit tu dan kemudiannya bagitau aku nak pinjam? Tak pernah kan? Aku sungguh marah waktu itu. Aku dah tak kira, sebab aku pun ada prinsip diri sendiri. Lepas pada tu dia ada juga hormat dengan aku, nak pinjam duit dia mintak dengan aku. Dan aku akan ambil dan kasik kat dia.

Hari ni, dia masih lagi mengamalkan benda tu. Dia masih gagal berubah. Masih dengan sikap dia, “ambil dulu baru bagitau”. Aku sebenarnya kecewa dengan keadaan macam ni. Aku juga bosan dengan orang yang meminjam tanpa membayar ni. Kalau tak diberi, mula kata aku lupa daratan.. mula kata aku kedekut. Kalau aku bagi.. dan mereka gagal membayar.. aku ini apa? Badan kebajikan?.. don’t u think I have to do something over here?

Saturday, July 15, 2006

Palouge II

Orang kata, camp Palouge adalah camp site yang menguji ketahanan tahap mana kesabaran kita.

Orang kata, Palouge selalunya akan menyebabkan kita jadi gila. Itu orang kata.

Aku sampai pukul 11.30 pagi, hari isnin lepas dari Jabalyn. Itupun selepas aku menunggu 2 jam untuk dapat satu pick-up ke Palouge. Reddy, malam sebelum tu terang-terang cakap dia nak bertolak pukul 6 pagi. Sememangnya Reddy terkenal dengan ketepatan masanya. Walaupun dia adalah Project Manager Jabalyn, dia akan masuk ke pejabat pukul 5.30 pagi. tak pernah dia datang lewat pada tu. well, its true, masa aku sampai pejabat pukul 6 pagi tu, dia dah ada dalam officenya. tapi dia cakap kat aku, dia tak ikut aku ke Palouge hari ni. dia ada kerja sikit. tapi dia cakap dia dah arrangekan satu pick up utk aku. yeah, lepas 2 jam baru pick up tu muncul depan office. hampeh.

Dari Jabalyn, aku menempuh 90 km ke pekan Rank. Jalan dari Jabalyn ke Rank bertar. tak ada masalah langsung. cuma sampai ke pekan rank, jambatan untuk menyeberangi sungai tu, ditutup untuk penyelenggaraan. Kami terpaksa menggunakan jalan alternatif yang dah disediakan. Jalan yang disediakan itu berselut dan ada sebuah low-loader(trailer panjang yang diorang guna utk bawak excavator tu) dah tersekat dekat situ. Driver pick-up tu confident je masuk dalam selut tu, almaklumlah.. 4WD. tapi jangkaannya meleset. kami tersekat jugak. selepas setengah jam kami berhempas pulas, akhirnya lepas juga dari selut tu.

Lepas pekan Rank, jalan adalah agak teruk. 160km seterusnya adalah jalan berbatu bertanah merah. nasib baik hari tu cuaca agak baik, jadinya jalan tu tak berselut. kiri kanan aku semuanya pokok-pokok. Pemandangan cam ni tak ada kat Jabalyn. Jabalyn, hampir sepanjang tahun pokok tak ada daun. hanya musim hujan je ada daun. selebihnya, hanya ranting yang tinggal. Lepas 100km berjalan, tiba-tiba pick up tu berhenti. driver tu yang berhenti bukan sebab masalah ke apa. Rashid(electrical engineer) yang ikut aku ke palouge suruh dia berhenti sebab dia nak ambil gambar kat sebuah jambatan. Katanya pemandangannya cantik. aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja sambil senyum. pemandangan macam ni, kat Malaysia blambak.. aku cakap dalam hati je, kang kalau aku cakap mau kecik hati dia.

Sesampainya aku ke Palouge, aku dah terasa macam lain je. tak tahu nak cakap, tapi apa yang boleh aku cakap, memang palouge tak macam Jabalyn. Kawasan dia lebih kurang macam kilang je. Heh.. tapi tak pe .. task aku kat sini, 2 hari je. Kira okay je lah.. nak jenjalan.

Sekarang, dah masuk hari ke 5 aku kat sini. Smalam Zainol cakap, Husham(project Manager Palouge) cakap aku tak blh balik sampai 20th July. Dia nak aku stay. Ini client’s request. Arrghh sudaaahhh… ini sudah melampau. Tahan aku macam tahanan perang lak. Ah.. sini memang mencabar kesabaran aku..

Thursday, July 13, 2006

my girlfriend's birthday

semalam, birthday gf aku. ermm.. disebabkan oleh aku duduk jauh, apa yang aku blh buat .. hanyalah bershopping melalui internet.

ive decided to buy her a new handphone. K750i. yeah.. not really expensive and the phone really good. sebab tu la aku beli. eheheh. after transfereing the money to the seller's account, its considered done. lepas tu aku ingat mau kasik bunga. ermm yeah .. skali skala.. apa salahnya kasik bunga. so .. aku melawatlah www.blooming.com.my .. lepas register seme skali, mula laa aku memilih bunga yang patut dibeli. ah .. last-last sekali, aku amik yang siap dengan ferrero roche. and.. done. and last thing, the payment part. aku guna credit card, lepas isi seme details, aku dah confirmkan harga dia Rm 138. dan terus aku tekan purchase. tapi lepas aku tekan purchase, aku ternampak.. sub-total dia tulis.. 188.00 waaaaaahhhhhh?? macamana blh berubah begitu drastikkkkkkk??. aku dah start gelabah .. try tekan cancel... dia macam stop je .. heh heh heh .. terasa diri aku ini seorang yang bijak. berjaya aku menghalang dari kerugian yang banyak. setelah di check, rupanya dia masuk delivery charge. .. lagi 50 inggit sebab aku tak check kat box, free delivery within kl and pj. ... so lepas tu aku try skali lagi.. beli . kali ni berjaya dengan senangnya.

lepas tu.... aku terasa ingin melihat aku punya account dengan blooming.com itu untuk tgk dia punya confirmation. huh? ade 2 order? satu tu .. yang memula aku clik tadi? aaaaaaaaaaaaaa... rupa2nya.. dia tak cancel transaction aku!... cis.. ini sudah bala. bila aku baca-baca balik.. rupanya dia memang cakap kat situ, kalau dah tekan purchase.. jgn laa pepandai nak tekan stop ataupun tutup browser. dia akan charge gak.

ermm.. last resort, aku email itu blooming.com. diorang tak balas, tapi.. diorang confirmkan 1 je pesanan aku.. eheheh .. amatlah lega... nasib baik aku masih lagi mempunyai otak yang geliga. heh heh heh .. anyway .. to all the ppl out there.. silalah baca instruction betul-betul.. nanti jadikc am aku.. susaaaahhh

Friday, July 07, 2006

Palouge

Palouge adalah satu lagi site yang company aku ada di sudan. Aku diarahkan oleh boss aku untuk pergi dan tengok-tengokkan keadaan di sana. site sana punya progress .. behind us. jadi diorang mintak aku pegi tengok dan bantu apa yang perlu. I'll be there for abt 3 days.

u'uh, palouge adalah di sebelah selatan Sudan. aku dengar banyak benda yang teruk kat palouge. orang-orangnya tidak mendengar kata. un-civilized . apa yang diorang tau .. menurut kata kawan-kawan aku kat sana.. makan.. minum.. tidur dan last sekali bergaduh. diorang amatlah pemalas dan juga kalau disuruh membuat kerja.. akan memberontak dan bergaduh. no wonder progress in palouge is very slow. kesian diorang kena deal dengan orang-orang macam ni. tak pe.. nanti aku akan ambil gambar-gambar yang ada kat sana. ahaha .. yang paling menarik sekali, kat sana masih lagia da perempuan yang top-less. ahahaha aku akan mengambil gambar mereka sebanyak mungkin kalau diorang melintas utk tatapan anda semua. macam national geographic laaa kali ni. ehehehe

till then .. tata.. owh one more thing.. doakan keselamatan aku yea...

Tuesday, July 04, 2006

kantoi

hari ni aku terasa amat malas nak gi keja. tapi disebabkan oleh aku ada sikit tugas yang aku nak kena submit pagi ni, aku bangun jugak dari katil empuk ku itu. selesai bersiap-siap, aku pegi ke site office dan settlekan semua keja yang patut aku submit tadi. humph.. selesai kerja hari ni.

tengah lepak-lepak ngan hazri, tengok-tengok dah pukul 12, waktu lunch. balik bilik, niat jahat aku datang lagi. ahahahaha.. malas nak gi keja, aku cakap kat hazri yang aku malas nak gi keja. pandai-pandailah dia cakap kat orang kalau orang carik aku. well, aku bukan tidur pun.. aku on ym, terus chatting.

jam dah pukul 4.30, hati aku lega sebab tak ada sesapa kacau dan aku blh chatting dengan amannya. tetiba, aku dengar derap kaki . masuk dlam block aku.. berenti betul-betul depan bilik aku. aaaahhhh.. sudaaahhhhh .. sapa plak daaahhh.. aku dah start cuak. ermm pintu aku diketuk orang. pelahan-lahan aku bukak pintu. tercegat kat situ, en jamal boss aku. "haaaa.. apa buat sini?" aku speechless .. tapi aku blh bantai sengih. "siap-siap, site ade problem air. petrodar bising lah" sambungnya lagi. "okay-okay.. en jamal tunggu kejap eh" jawab aku.
dalam kereta en jamal cakap dia bergaduh dengan deputy project manager pasal aku. sebab en. Jamal suruh si Hummeida tu carik ade sorang lagi engineer, sebab aku dah serahkan tugas tu kat budak tu. Engineer tu entah mana peginya. aku benci ngan budak tu sebab cakap banyak, tapi satu hapah keja pun tatau. meyusahkan aku je.

lepas settle seme keja, aku lepak kat office. Hazri cakap di dah cuba cover aku, tapi memang masa tu client kitorang dok melalak cari sapa jaga mechanical department, sebab ade problem dengan water pump. dia tak kasik tau pun en jamal yang aku ada kat bilik, tapi si Jamal tu mmg tau perangai kitorang. kalau tade kat site.. mana lagi.. bilik je lah .. sebab tu lah dia dtg jemput aku.

kengkadang aku terfikir.. kenapakah en jamal ni ada kesabaran yang amat tinggi? dia tak penah pun marah kalau aku ngan kengkawan lain ponteng keja. selalunya .. dia datang dan jemput kitorang... suruh gi keja.. heheheheh .. gile betul lah.. tapi ni kali pertama aku kena jemput cam tu .. selalunya .. lepas je. heh ... kali ni tupai tak pandai melompat......

Sunday, July 02, 2006

the football talk

The world cup is at the semi-final stage. yeah, its been almost one month people from all over the world suffering from this footbal fever. including me. ah, to see my team win and go through this stage is very enjoyful. Italy, even they play not really beautiful like argentina or brazil, they have their own objective. they wants to win the world cup. that's it.

World cup is the matter of winning the game. no matter how good the player, how good the game and how beautiful they play, the only thing that count is goal. i give you and example. Okay, Ghana, un-doubtfully when they play againts brazil last time, they play beautiful football. beautiful passes. they can break the brazil defence but, at the end of the day, they cant materialize all the chances that has been given. as a result, no goal and they lost to brazil 3-0.

ah, same goes to brazil squad this year. im very shocked when cafu still fielded and the worst thing is, most of the defenders are old. the game is about speed. if you have a slow defender, you will be finished by your faster opponent striker. after the 1st match of brazil last time, i do quote to my brazil's friend, "just wait till brazil meet a team which have a fast and young player". and today .. brazil lost to france 0-1. thanks to Theirry Henry goal.

last four teams are all good. they have their own advantages and weakness. Italy, even i love the team, but Italian sometimes play like this is their 1st world cup. strong in defence, that's the only advantage with this team. from day one, the captain, Fabio Cannavaro has shown his capabilities and skills as one of the best defender in this world. ah, not to mention their ability to absorb pressure and their creativity. they dont depends on individual skills, most of the time, teamwork counts.

Portugal, good team, good player, good football they play. with deco which will be able to play againts france next match, the team will be stronger than today. Not to forget abt their captain, luis figo. i believe they will give a very good fight againts france.

Germany, total football. that's their trademark. as for now, i can see germany is the favourite to win this edition of world cup. with all the support from the fan, and luck, they can beat italy if they can score. if the game has to be decided by penalty, im not really sure. just luck will be the judge at that time.

anyway, all the best for all four teams, missy.. im sorry ... your team is out. i've told you last time riteee??

Saturday, July 01, 2006

Google Earth

Hullo rakan-rakan sekelian. hari ni ini kita akan bercakap pasal google earth, satu software yang dicipta oleh pihak google untuk tujuan pendidikan dan juga pengetahuan. ah, kepada sesiapa yang kurang tahu pasal software ini, silalah merajinkan diri anda untuk masuk ke google dan menaip perkataan google earth itu.

buat pengetahuan anda semua, software ini amatlah menakjubkan. ia boleh memaparkan imej yang sungguh jelas seperti keadaan rupa bentuk muka bumi dan juga bangunan yang ada pada tempat tersebut siap dengan koordinat sekali. memula dulu aku tidaklah berminat sangat nak melihat benda ni, tapi orang-orang kat sini sibuk-sibuk cakap yang benda tu sampai boleh tgk rumah kita kat malaysia itu dengan jelas.

bila aku tgk je kat situ, aku try laa tgk seremban. tapi malangnya, seremban tidaklah begitu terkenal sehingga satelite pun tidak mahu mengambil imej bangunan di seremban. kecewa jugaklah sebenarnya. heh heh heh .. lepas tu aku try sekali lagi. kali ini Tanah Merah, Kelantan. Amazingly.. tanah merah, pada google earth imejnya amatlah terang. rumah aku kat sana, mmg jelas nampak dalam gambar itu. bandar tanah merah, toksah cakap laa mmg terang je. siap ngan gamba kete tengah parking lagi.

tapi, aku tertanya-tanya. adakah google earth ini legal atau tidak.. sebab .. dia mmg terang.. kalau nak bom rumah aku pun mmg senang lah.. tak payah pakai teropong. pakailah google earth. sekian terima kasih.

owh lupa nak cakap.. italy masuk semi final .. forza italia ..