Badan Kebajikan
Lunchtime, selalunya aku a
Hari ni, aku online lagi. Sepertia biasa, aku akan berstatus invisible. Memang aku lebih suka invisible dari online. Sesaja nak lari dari masalah. Tiba-tiba adik aku online. Dah lama aku tunggu dia. Baru ni je muncul. Terus aku tegur. Dia macam terkejut aku online. Aku tanyakan tentang kereta aku. Sebab aku memang concern dengan kereta aku tu. Sepanjang aku kerja, kereta tu ditinggalkan sebagai amanah pada Mak aku. Tapi yang aku tau, abang aku lenjan. Tatau lah.. dah lunyai kot. Kecewa sebenarnya aku. Adik aku terus panggil abang aku.
Kutanyakan pasal kereta, dia cakap ada beberapa benda yang tak okay. Gearbox leaking, exhaust macam bocor dan sikit bunyi-bunyi dalam kereta. Ah.. normal bagi kereta seusia kereta aku utk mengalami benda-benda macam tu. Tapi yang paling mengecewakan aku, abang aku cakap “mie, sepanjang bulan lepas dan bulan ni, bang tih ada banyak pakai duit kau, tapi nanti bulan depan bang teh bayarlah sebab sekarang tengah tunggu loan approval.” Senang je bunyinya, macam ayat “ kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 30 sen bermula tengah malam ini, namun begitu, harga minyak petrol dan diesel di Malaysia masih lagi murah berbanding Negara-negara Asean kecuali Brunei”. Aku agak terkejut sebenarnya mendengar apa yang abang aku cakap. Bukan sekali dia buat benda macam tu. Dah banyak kali. Dulu masa kitorang duduk sama-sama dekat
Hari ni, dia masih lagi mengamalkan benda tu. Dia masih gagal berubah. Masih dengan sikap dia, “ambil dulu baru bagitau”. Aku sebenarnya kecewa dengan keadaan macam ni. Aku juga bosan dengan orang yang meminjam tanpa membayar ni. Kalau tak diberi, mula kata aku lupa daratan.. mula kata aku kedekut. Kalau aku bagi.. dan mereka gagal membayar.. aku ini apa? Badan kebajikan?.. don’t u think I have to do something over here?


0 Comments:
Post a Comment
<< Home