Orang kata, camp Palouge adalah camp site yang menguji ketahanan tahap mana kesabaran kita.
Orang kata, Palouge selalunya akan menyebabkan kita jadi gila. Itu orang kata.
Aku sampai pukul 11.30 pagi, hari isnin lepas dari Jabalyn. Itupun selepas aku menunggu 2 jam untuk dapat satu pick-up ke Palouge. Reddy, malam sebelum tu terang-terang cakap dia nak bertolak pukul 6 pagi. Sememangnya Reddy terkenal dengan ketepatan masanya. Walaupun dia adalah Project Manager Jabalyn, dia akan masuk ke pejabat pukul 5.30 pagi. tak pernah dia datang lewat pada tu. well, its true, masa aku sampai pejabat pukul 6 pagi tu, dia dah ada dalam officenya. tapi dia cakap kat aku, dia tak ikut aku ke Palouge hari ni. dia ada kerja sikit. tapi dia cakap dia dah arrangekan satu pick up utk aku. yeah, lepas 2 jam baru pick up tu muncul depan office. hampeh.
Dari Jabalyn, aku menempuh 90 km ke pekan Rank. Jalan dari Jabalyn ke Rank bertar. tak ada masalah langsung. cuma sampai ke pekan rank, jambatan untuk menyeberangi sungai tu, ditutup untuk penyelenggaraan. Kami terpaksa menggunakan jalan alternatif yang dah disediakan. Jalan yang disediakan itu berselut dan ada sebuah low-loader(trailer panjang yang diorang guna utk bawak excavator tu) dah tersekat dekat situ. Driver pick-up tu confident je masuk dalam selut tu, almaklumlah.. 4WD. tapi jangkaannya meleset. kami tersekat jugak. selepas setengah jam kami berhempas pulas, akhirnya lepas juga dari selut tu.
Lepas pekan Rank, jalan adalah agak teruk. 160km seterusnya adalah jalan berbatu bertanah merah. nasib baik hari tu cuaca agak baik, jadinya jalan tu tak berselut. kiri kanan aku semuanya pokok-pokok. Pemandangan cam ni tak ada kat Jabalyn. Jabalyn, hampir sepanjang tahun pokok tak ada daun. hanya musim hujan je ada daun. selebihnya, hanya ranting yang tinggal. Lepas 100km berjalan, tiba-tiba pick up tu berhenti. driver tu yang berhenti bukan sebab masalah ke apa. Rashid(electrical engineer) yang ikut aku ke palouge suruh dia berhenti sebab dia nak ambil gambar kat sebuah jambatan. Katanya pemandangannya cantik. aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja sambil senyum. pemandangan macam ni, kat Malaysia blambak.. aku cakap dalam hati je, kang kalau aku cakap mau kecik hati dia.
Sesampainya aku ke Palouge, aku dah terasa macam lain je. tak tahu nak cakap, tapi apa yang boleh aku cakap, memang palouge tak macam Jabalyn. Kawasan dia lebih kurang macam kilang je. Heh.. tapi tak pe .. task aku kat sini, 2 hari je. Kira okay je lah.. nak jenjalan.
Sekarang, dah masuk hari ke 5 aku kat sini. Smalam Zainol cakap, Husham(project Manager Palouge) cakap aku tak blh balik sampai 20th July. Dia nak aku stay. Ini client’s request. Arrghh sudaaahhh… ini sudah melampau. Tahan aku macam tahanan perang lak. Ah.. sini memang mencabar kesabaran aku..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home