suratkhabar malaysia
Siti Nurhaliza kahwin dengan dato’ K! pecah berita tu kat Malaysia. Kat Sudan ni pun apa kurangnya. Aku tergelak-gelak sambil mengelengkan kepala. Hummm.. masyarakat Malaysia lebih mementingkan berita hiburan berbanding dengan berita penderitaan rakyat palestin dan kegigihan pejuang Hizbullah menentang Israel.
Setelah sebelum ini Mawi menghiasi berita utama akhbar di Malaysia dengan berita putus tunangnya, which is aku memang dah agak sekian lama, kini giliran Siti pula. Tajuk – tajuk seperti “baju pengantin siti berharga dari RM 30,000-RM45,000”, “siti masih tidak mengikuti kursus perkahwinan”, “Siti Berahsia tentang keistimewaan Dato’ K”, dan lain-lain lagi. Aku menjadi jelak membaca berita-berita sebegitu. Nasib baiklah aku bukan beli, online je. Kalau beli, for sure aku rasa macam membazir gile.
Apa lah salahnya kalau berita tu dimuatkan ke bahagian hiburan sahaja? Rugi sangatkah jikalau editor meletakkan berita pasal Palestin, pasal Lubnan, pasal peristiwa penting yang terjadi di Negara kita atau di luar Negara sebagai berita penting? Nampaknya tarikan Siti lagi kuat dari benda lain. Aku bukan cuba mengatakan bahawa akulah manusia yang paling concern tentang berita dunia, Cuma aku ingin melihat orang Malaysia menjadi orang yang mementingkan berita yang bermutu, berita yang boleh membina minda.
Khabarnya, kerajaan cuba untuk memupuk minat membaca dan juga menjadikan generasi akan datang, satu generasi intelek. Nampak gayanya, semua tu hanya omongan kosong sahaja. Bertambah intelek kah kita dengan membaca gossip-gossip artis? Kalau kita boleh menjadi intelek dengan berita sebegitu, nah.. lambakkanlah berita-berita tersebut sejak dari sekolah rendah. Ajarkan kanak-kanak bermula dari darjah satu tentang artis dan populariti. Bukankah ianya lebih bagus? Kan melentur buluh itu, biarlah dari rebung? heh heh heh

0 Comments:
Post a Comment
<< Home