Monday, July 31, 2006

jari


hari khamis lepas, sepertinya sat hari yang malang bagi aku. dari pagi memang aku sudah mengamuk dengan pekerja-pekerja sudan. aku suruh angkat mesin basuh (ya, tempat yang aku buat ni complete dengan laundrette) yang beratnya kira-kira 60kg pun macam tak larat. 6 orang berkerumun untuk mengangkat satu mmesin basuh. itu pun tak terangkat. masing-masing ceneke (org kampung aku selalu cakap ni, means curik tulang? tipu?). last-last sekali aku pun tolong. ah. dah pukul 12, lunchtime. sambung lepas makan.

lepas makan, diorang start angkat dryer. dari jauh aku tgk dryer tu dah tergolek sebab forklift yang angkat tu, bawak tak betul. marah dengan keadaan tu, aku pergi tgk. fork lift dah angkat balik dan bawa ke laundrette. dia letak melintang, sebab tadi dryer tu dah tergolek. pekerja sudan garu kepala. aku.. terus arahkan angkat masuk ke dalam. keadaan dryer tu yang melintang menyukarkan aku mengangkat. pada fiiran aku, aku akan menegakkan dryer tu semula semasa angkat. apa yang diorang faham pun aku tatau. masa angkat, mesin tu masih lagi terasa berat walaupun dah 6 orang yang angkat. iye lah, diorang suka curi tulang. bila dah tak tertahan, diorang terus lepas, tanpa amaran pun. tinggallah jari aku yang masih cuba mengangkat. as a result, jari aku tersepit. walaupun aku dah cuba menarik tanganku sebelum itu. yeah, memang jari aku terlepas, tapi.. isinya terkeluar.. darah menitis atas boot . "allahuakbar" jerit aku secara sepontan. kecederaannya amat lah teruk. sepanjang hidup aku, inilah yang paling teruk aku pernah alami. selepas itu aku terus mencarut.

disebabkan oleh zul bawak pick up, jadi aku terpaksa berlari ke site office, 200m dari tempat tu. walkie-talkie pun aku tak bawak. berlari sambil pegang tangan ni, macam kurang laju lah. macam pondan pun ada. tambahan aku pakai safety boot dan helmet, lagi laa kurang laju. owh lupa, rayban aku masih lagi aku pakai. walaupun sakit, gaya mesti ada. eheheheh.. sampai kat office, faizal call pick-up. nasib baik ada.

dalam fikiran aku, hanya ada satu, jgnlah patah!. kalau patah, lagi serius. doktor yang check aku cakap tak ada apa2. dia hanya jahit balik isi yang terkeluar dan balut. 6 jahitan aku dapat untuk itu. 5 injection untuk bius. 1 untuk pain killer, 1 untuk antibiotik. jariku akan hilang keupayaannya untuk berfungsi buat beberapa lama. aku akan balik ke malaysia 18 august ini. aku masih meneka.. mampukah ia berfungsi seperti biasa?


owh . ni dia gambar masa dressing. masa jahit tu, aku tak ambil, sebab aku tgh sakit. tak ingat nak ambil gambar pun. erm.. sorry lah gambar agak blur.. tahan sakit sambil ambil gambar sebelah tangan..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home