Saturday, July 01, 2006

Google Earth

Hullo rakan-rakan sekelian. hari ni ini kita akan bercakap pasal google earth, satu software yang dicipta oleh pihak google untuk tujuan pendidikan dan juga pengetahuan. ah, kepada sesiapa yang kurang tahu pasal software ini, silalah merajinkan diri anda untuk masuk ke google dan menaip perkataan google earth itu.

buat pengetahuan anda semua, software ini amatlah menakjubkan. ia boleh memaparkan imej yang sungguh jelas seperti keadaan rupa bentuk muka bumi dan juga bangunan yang ada pada tempat tersebut siap dengan koordinat sekali. memula dulu aku tidaklah berminat sangat nak melihat benda ni, tapi orang-orang kat sini sibuk-sibuk cakap yang benda tu sampai boleh tgk rumah kita kat malaysia itu dengan jelas.

bila aku tgk je kat situ, aku try laa tgk seremban. tapi malangnya, seremban tidaklah begitu terkenal sehingga satelite pun tidak mahu mengambil imej bangunan di seremban. kecewa jugaklah sebenarnya. heh heh heh .. lepas tu aku try sekali lagi. kali ini Tanah Merah, Kelantan. Amazingly.. tanah merah, pada google earth imejnya amatlah terang. rumah aku kat sana, mmg jelas nampak dalam gambar itu. bandar tanah merah, toksah cakap laa mmg terang je. siap ngan gamba kete tengah parking lagi.

tapi, aku tertanya-tanya. adakah google earth ini legal atau tidak.. sebab .. dia mmg terang.. kalau nak bom rumah aku pun mmg senang lah.. tak payah pakai teropong. pakailah google earth. sekian terima kasih.

owh lupa nak cakap.. italy masuk semi final .. forza italia ..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home