Kenalnya aku dengan cinta sejak umurku baru menjejak 9 tahun. Mungkin agak muda, tapi diumur itulah aku mula mengenal erti suka akan jantina lain dari aku. Dia muncul si sekolah itu sebagai murid baru. Dan ditempatkan di kelas aku, tapi dia duduk di depan kawan sekelas aku, hasrul. Walaupun si hasrul ni agak gondrong, maksud aku, tidak berapa hensem, tetapi dia ada pensel besar. Ermm.. pensel yang besar tu, yang ade lukisan kartun dibadannya dan ber-permadam di hujungnya. Ah, namanya nor baizura. Disebabkan hasrul ada pensel besar, aku lihat norbaizura lebih suka hasrul dari orang lain dalamm kelas tu, termasuklah aku.
Namun begitu, aku tak pernah mengenal erti putus asa. Sebgai seorang kanak-kanak riang-ria yang cuba mengenal erti cinta, aku cuba dan terus mencuba. Betullah kata orang, kalau dah suka, tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumahnya pun jadi. Nor baizura happens to be my neighbour. Tak ada laa dekat sampai aku blh tgk bumbung rumah dia dari rumah aku, tapi hanya 2 minit berbasikal. Itupun ada 2 orang informer aku yang bagitau. Saifullah dan saifuddin. 2 org informer aku ni adik beradik kembar. Diorang sungguh taat dengan aku sebab aku tok guru basikal diorang. Yeah, aku ajar diorang camna nak bawak basikal. Dapatlah aku menegok rumah norbaizura tu tiap-tiap petang, ditemani saifulah dan saifuddin dengan basikal BMX masing-masing. Ah .. masa tu filem gila-gila remaja keluar kat tv, maka secara automatic aku jadi azroy. Saifullah jadi rosyam noor.. dan saifudin sorang lagi apa tah nama dia, aku pun lupa. Hasrul? Aku jadikan dia farok, geng gagak hitam. Dah kata musuh? Puas aku menggayakan semua aksi-aksi hebat menggunakan basikal aku itu. wheely.. wikang? Seme lah, tapi masih gagal melawan pensel besar hasrul. Mungkin dia tak suka mat rempit. Hasrul bukan mat rempit, dia ada driver…. Bas.
Naik darjah 4, aku telah berjaya duduk di depan nor baizura. itu pun sebab cikgu yang pilih. Maka aku duduk menghadap dia lah tiap-tiap hari. Ehehehe.. kitorang berdua suka main-main kaki, meaning kaki aku dan kaki dia selalu bersentuh. Rasa sungguh bahagia waktu itu. kelas itu aku yang punyaaaaa… ehehe, tambahan pula, waktu tu aku jadi ketua kelas. norbaizura suka aku pulak waktu tu. Almaklumlah, aku sudah ada pangkat. Ahahahahah.. tapi bila habis darjah 4, dia dah duduk tempat lain, bukan lagi berhadapan meja aku. Dia duduk depan kawan perempuan dia pulak. Haish.. kisah aku dengan dia, hilang macam tu sahaja, walaupun satu kelas tau, yang aku memang suka dia.
darjah 6, aku dengan dia masih lagi sekelas, tapi aku hanya pandang-pandang gitu je la. org dok usik-usik aku dengan dia pun, aku tertunduk-tunduk malu. jejaka pemalu laa katakan. ehehe. lepas UPSR keluar, dia dapat offer peri MRSM kulim, sebab dia dapat 4A. aku? dek kerana aku malas blajo dan tak berapa pandai, aku hanya mampu menyambung persekolahan kat sekolah dato' mahmud je. kat tanah merah. tu laaaa melawan cakap org tua lagi.. mak cakap jgn cuba nak bercinta, awak dah gila bayang.. eheheh
0 Comments:
Post a Comment
<< Home