Saturday, July 22, 2006

kemalangan

aku bukak mata, wan kejutkan aku. Dah pukul 7 katanya. Hati aku berat nak meninggalkan katil. Hari ni hari terakhir aku di palouge. Petang ni aku akan balik ke al jabalyn.

Aku ambil tuala, terus ke bilik air. Mandi air panas, 5 minit dah cukup. Sudah bersiap aku dengar riuh rendah kat luar. Aku dengar ada kemalangan semalam. Bas yang membawa pekerja balik dari site terbalik. Seorang meninggal. Bergegas aku ke klinik. Kawan-kawan aku semua dah ada kat sana. Zainol mundar mandir, keresahan.

Bas membawa pekerja yang buat over time terbalik katanya. Kemungkinan besar, pemandunya mabuk. Memang di sini agak biasa kedengaran berita fasal kemalangan, tapi kali ni, membabitkan pekerja sendiri.

Ku Tanya Rashid, apa sebabnya. Ah.. Rashid pun hanya mendengar dari mulut mangsa. Katanya bas dipandu laju. Pemandu juga mabuk. Selalunya tidak menjadi masalah, tapi kali ni, pemandunya gagal melihat simpang. Dia sudah tersilap agak, dan cuba pusing untuk masuk ke simpang. Kalau kereta, mungkin boleh jadi pelumba drift. Akibatnya, bas terbalik 2 kali. Seorang meninggal dunia, lagi 2 orang .. kritikal. Pemandu? Ah.. ku lihat pemandu tadi, tak nampak kecederaan teruk pun. Hanya luka di kepala. Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Semalam baru aku jumpa pekerja yang meninggal itu. Tengah memasang soket elektrik. Kelmarin baru awie kutuk pekerja itu juga, sebab tak pandai membaca lukisan. Hari ni dia sudah tiada.

Kita pun sama sahaja, yang hidup ini, bila-bila sahaja boleh mati. Tazkirah diri…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home