Wednesday, June 28, 2006

Gout

hello, bertemu kita dalam rancangan yang memperihalkan tentang kesihatan. hari ini kita bercakap tentang penyakit gout. Penyakit gout adalah penyakit yang diakibatkan oleh keadaan di mana asid urik di dalam badan berada lebih tinggi dari keadaan normal. Kehadiran asid Urik ini adalah disebabkan oleh badan kita mencernakan protien dan menghasilkan asid urik. dalam keadaan normal, kehadiran asid urik di dalam badan adalah siatu fenomena yang biasa, tetapi bagi pasakit Gout, fenomena ini adalah sedikit tidak normal di mana, penghasilan asid urik itu adalah tinggi. Kehadiran asid ini yang pada mulanya tidaklah mengancam kesihatan, menjadi ancaman besar apabila ia membentuk kristal pada sambungan (joints). maka pembentukan kristal ini menyebabkan pergerakan pesakit menjadi terbatas, lantaran kesakitan yang di alami.
Owh, anda mungkin berasakan bahawa penyakit ini hanya menyerang orang-orang yang mempunya usia yang agak lanjut. jika begitu anda salah. Penyakit Gout juga menyerang orang-orang muda seperti saya. ini kerana ia boleh di warisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Contoh terdekat, adalah saya. dan juga Harry Kewell, pemain bola Australia itu. Nampak gayanya .. tak lama lagi dia akan pencen bermain bola.

Akhir sekali, pesakit gout mestilah mengamalkan diet yang sihat, di mana pesakit gout adalah sama sekali dilarang daripada mengambil makanan yang mempunyai kandungan protien yang amat banyak seperti kekacang, makanan laut, kecuali ikan, dan juga daging merah.

sekian ruangan kesihatan kali ini.. kita bertemu di lain hari .. tata

Saturday, June 24, 2006

Away from Home II

Ive been away from home for so many times. since i was 13 years old. but before that, i never leave my lovely home, my sweet home. Eventhough my mum is a strict person, who cant tolerate with any mistake that i always do, i still love my mum and my house.

Ah, the feeling when im away from home. at the age of 13, what do you expect? at 1st when i received the offer from Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, which is abt 50 km from my home, i was sooo happy, coz ive been dreaming of leaving the house to study in a boarding school for such a long time. so when i recieved it, im definitely happy. cant wait for registration day. The day has come and we travelled from Tanah Merah to Pasir Pekan. After the registration, my father just gave abt RM 20, if i want to buy something. after a lil talk, i mean yeah your father will say something to motivate you like "mie belajar elok-eloklah, sekolah ni sekolah bagus etc etc" and then he leave. Upon seeing the car leaving the school fence, i can feel this strange feeling. i dunno but i feel sad. im not crying but im sad. i can still smile and play on the 1st day. the 2nd day, i feel that im not feeling well. huhhuhu.. biasak lah, bukan demam pun but home sick. and the 3rd day, i just walk out of the gate, alone and just get the bus, heading home. the same thing happen for few times, i mean the run away incident. when i reached home i just said to my mum that im sick. until one day my mum send me to the hospital and im warded. hihihih. well, after a month my dad decided to bring me home and just continue my study at the school near my house. and my condition changed eversince. Homesick maaaaa...

2nd time, i got another offer, this time a boarding school from north. its when i was in form 4. this time im kinda ready and i dont want the same thing happen for the 2nd time coz my bro keep on mentioning abt the last experience. i have to prove it to them. im still sad, when i saw my parents leaving the school gate. i waited there untill i see them get a cab and lost from my sight. owh, from that moment, i never look back. i just go on and on. until now, i can handle my feeling whenever i have to be away from home.

Friday, June 23, 2006

Away from home

I've been away from home since 2004. eventough the contract said that i can take my R&R for 2 weeks after 120 days of working, i feel its not enough. Yes, high pay they said but i've missed a lot of things happen in malaysia. I cant spend my night time with all my friends. no more mamaks, no more live band, no more happening KL people. I cant spend my time window shopping like i used to. yeaaahh..i lurve window shopping, long time ago coz i cant afford to buy 1. even now i can buy whatever i want to buy, but i only can do it for 2 weeks in 4 months. pity me.

kalau raya lagi laaa .. walaupun sini ramai orang malaysia, still lagi tak sama. aku tak blh shopping raya cam kat malaysia. tapi tak pe, tahun ni aku balik dan beraya kat malaysia. heh heh heh.

tapi, hari ni aku rasa betul2 sedih.. kawan aku sekarang susah hati. dia ada banyak masalah lately. dan aku tak ada kat sana macam selalu. aku tak ada untuk bercakap dengan dia macam selalu.... be strong missy.. hold on. i'll be there for you.. i will .. i promise .. i will

Accident!

hari ni, macam biasa aku memulakan hari aku start pukul 7.15. err.. itu dah naik bas nak ke site lah. maknanya aku bangun awal pada tu la. cuaca pun best je. sampai dekat site, aku lepak kejap dan lepas tu aku mintak keta kat samsul sebab aku nak amik barang kat store. masa tengah carik barang .. u'uh aku tak bawak walkie talkie hari ni sebab bateri habis .. tengah carik barang tu, tetiba sorang engineer sudan ni berlari panggil aku. dia cakap ada general worker accident, pengsan. kena bawak ke klinik secepat mungkin.

dengar je ade worker pengsan, aku terus pecut pick up tu ke tempat kejadian. dah ramai dah org berkerumun. bebudak malaysia sorang pun tak masuk campur sebab teringat peristiwa kawan aku kena blasah dek sudan sebab salah faham bila ade general worker jatuh dari platform. Kali ni kitorang tamo campur.

budak yang pengsan tu aku tak tgk sangat, sebab aku ingat mmg teruk. aku suruh budak2 bawak masuk dalam pick up. satu lagi, orang sudan besar-besar so tak berapa muat laa mamat tu nak baring belakang pick up aku tu. tapi dia bengkokkan kaki laaaa nak suruh muat. aku dok berdebar-debar sebab aku takut mamat yang pensan ni serius keadaannya. walaupun hidung aku dah kembang kempis menahan bau busuk diorang, aku terus drive ke klinik. sebelum tu sempat gak aku amik safety supervisor aku. suruh dia je deal dengan doktor. sampai kat klinik, sekali lagi budak tu kena usung. nampak macam lemah sangat. kesian aku tgk, walaupun aku tatau apa yang terjadi sebenarnya. lepas dia masuk klinik aku pegi office. dalam 20 minit, david the safety supervisor tu pun panggil aku. dah siap katanya.

bila aku sampai je kat pick up, seme dah ada dalam pick up. sambil berbisik david cakap "cilaka punya budak. doktor cakap dia tipu-tipu pengsan je". wwwwOOOOOooooooHHHHHHHH.. aku amat maraaaaahhhhhhh. dah la busukkkkKKKKKk.. tipu lak tuuuuu.. cissss.

anyway, missy.. italy menang 2-0 :P

Wednesday, June 21, 2006

madu?

aku agak keletihan sebenarnya, kinda bz lately sebab nak buat mechanical completion. jadi aku pun kerja macam tak ada esok. Blog ni pun terbiar cam tade tuan.

owh bercakap pasal madu, aku peratikan masyarakat melayu dengan madu memang tak dpt dipisahkan. kalau sebut je madu, mula laa terbeliak mata. cakap je madu asli, rega berapa pun ko letak, sure laku. kalau barang makanan lak, kalau bubuh je madu 2 titik, blh laa letak nama madu kat belakang, contohnya, ayam madu, telur madu, dan banyak lagilah lepas tu harga pun blh jadi bertambah sekali ganda dek kerana 2 titik madu. woohh peniaga mmg suka amik keuntungan pakai tektik jahat cam ni. termasuklah aku ngan abang aku. heh heh heh, kitorang memang suka berniaga. satu hari, kitorang dapat meniaga kat konvo UIA, Gombak. So abg aku fikir-fikir dia rasa meniaga jambu batu ada bagus katanya sebab dia blh dapat supply kat tapah. Tgh fikir2 idea camna nak melakukan jualan, abg aku come out with this idea, letak nama "jambu madu Batu Gajah".

Dengan berdebar-debar kitorang bukak gerai hari tu. takut tak laku. jangan main woooo, mempertaruhkan muka ni. kalau terkelip-kelip je dok depan jualan, tak ke naya. lalat pun tak mau singgah. Tapi ko tau laaaa, penangan nama madu nihh.. cepat je abis jambu tu, padahal pada aku jambu tu tade laa manis pun. biasa je

heh .. terbukti teori kitorang pasal madu dan melayu!!

Wednesday, June 14, 2006

The Girlfriend

I have a girlfriend by the name of R. she is lovely, caring and to add to her profile, she's so possesive. i even have to lie to her if i want to go out with my other friend, which is girl, to make sure she wont ran amuk on the next day. Owh, the worst thing, if i go out with her, she forbit me to look at other girl. the definition of look to her is, when she feels that i look at the girl for more than 5 second. waaahh.. susah betul untuk mendisiplinkan diriku ini untuk tidak memandang perempuan lebih dari 5 saat. pernah satu hari, aku menolong seorang perempuan untuk membuka pintu di ampang park dan si gf aku ini terus menarik muka masam selepas itu. i asked her why, she said, "did i told u before, dont you ever look at other girl when you are with me. i hate that". goosssshhhhhhh .. amat susahhh .. sedangkan aku yang berniat mulia ni, nak tlg bukak pintu aje. Ada ke dia tuduh aku memandang butt perempuan itu. tak patut sungguh

hari ni.. aku tgk dalam mailbox, ada email dari buah hatiku ini. semalam dia dok suruh aku janji takkan kahwin lain i mean, poligami. so in my email, i stated there, walaupun dalam agama kita, poligami ni dihalalkan .. tapi i tak rasa i will practise that. I dah ada u .. yang cukup memahami dan utk manage 2 isteri, mmg susah. satu pun dah susah, lagi laa 2". and in her reply today she said, "Good to hear u dont wana practice poligami and i tak kisah kalau u tak nak put it in black and white. Islam halal kan but i tak halal kan tapi kalau u buat jugak... hurm... i tak teragak2 utk cut it off- ur penis and the balls as well. I dont care !!!". Now im terrified... adakah aku akan berkahwin dengan pemotong penis??????? aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, June 13, 2006

owh org sudan

hari ni aku happy. pasukan aku menang. heh heh heh ... sungguh hebat pasukan aku.

pagi ni aku sibuk lagi. hari ni test aircond. macam biasa, kitorang akan start dengan satu bilik dan di ikuti dengan bilik yang lain utk tgk sejuk ke tak.

aku switch on bilik 1st. then lepas aku rasa sejuk, aku biarkan aircond tu terpasang dan proceed ke 2nd room. lepas sejuk yang tu, aku balik semula ke bilik 1st. HOH? ada 2-3 org pekerja sudan sudah melepak dengan senang hati disebabkan bilik itu sudah sejuk. Tak cakap apa, tapi aku terus tutup aircond tu.

aku pegi round satu building plak, cisssssss...... diorang bukak semua aircond yang ada plaaaaaaakkkkkkkkkkkk....cilakaaaakkkkk

Sunday, June 11, 2006

football fever

hullo guys, how's ur day today? aku macam biasa, sibuk seperti biasa. pas tu kena compile pulak seme record untuk mechanical completion seab QC engineer dah tade, jadi bertambah-tambahlah kerja aku.

walabagaimanapun, aku masih lagi mampu meluangkan masa aku untuk dihinggapi dengan demam bola seperti orang lain juga. walaupun sepertinya sungguh bz, tetapi kerana bola, aku blh bersenang lenang, mcm menanam anggur setahun yang lepas.

oh yea, buat pengetahuan anda sekelian, orang sudan memang sungguh gila akan bola. sebutlah permainan apa pun yang di mainkan oleh seseorang itu, jika dia tidak boleh menimbang bola seperti titus james palany ataupun setengah kebolehan si titus itu, maka mamat itu tidak cool. hatta doktor di klinik camp aku ini pun sungguh terel menimbang bola.. ala ala ronaldinho gituh. cuma dia tidak jongang sahaja. aku pernah juga bermain dengan diorang ni.. macam kengkawan aku semua dari malaysia satu pasukan dan sudanese satu pasukan. kitorang lawan. (ini blh juga di kira sebagai cap antarabangsa sebab aku mewakili malaysia... eheh.. blh kan?) ermm.. keputusannya, kitorang menang lah. korang tau sebab apa? aaaa sebab.. diorang ni main, tak pakai otak. aaaa .. skill mmg ada.. tapi otak tak pakai.. tu sebab kalah. ngeh.. ngeh .. ngeh. tapi main kejap je laaa. sebab main atas padang pasir. nanti tercemar paru-paru aku dek kerana pasir kang, tak pepasal batuk kering.. pas tu mati.. tak ke naya?

owh.. pasal bola .. apa favourite team korang? missy insane? apa ko punya team? aku .. pasukan aku minat dari dulu.. italy.. eheheh ... pasal apa korang jgn tanya.. tapi aku terasa seperti keturunan aku mmg dari italy. hihihihi.. kalau italy kalah, theen aku pilih belanda la. eheh sebab aku suka ayam belanda... :P

Saturday, June 10, 2006

hujan

semalam, hari jumaat, petang. aku tengah guling-guling sambil melayan mata aku yang ingin tidur tapi aku malas nak tidur. hari jumaat aku keja sekerat hari je,
jadi aku berasa sungguh bahagia. around 4 pm, aku dengar bunyi hujan rintik-rintik.. yeaaahoooo... hujan . best ni best ni. tapi perasaan itu hanya hadir sekejap sahaja
sebab aku teringat akan pam air aku di site. aku baru saja buat testing pam tu, tapi rumah pam tak siap lagi. budak yang buat tu lembab. jadik control panel
itu terdedah kepada air hujan. whoaaaaaa... dah laa boss aku siang-siang lagi dah pesan suruh bukak control panel tu tapi aku degil, ingat hujan tak turun.
dengan laju aku terjun katil n pakai seluar .. dan lepas tu berlari ke bilik boss aku. dengan selamba je aku cakap "Boss, pinjam keta". boss aku tanya " err.. nak buat apa?"
"gi site" balas aku sambil tersengih. "apasal? Pam?" boss aku ni .. cam faham-faham lak aku amat degil orangnya. "Keta tak ada, ermm pinjam dengan sabder". dengan muka
tak malu nya aku terus mintak sama itu sabder. err.. sabder ni construction manager .. sama pangkat ngan boss aku gak laa.. cuma dia bahagian lain. aku dengan
laju nya bawak keta, dengan angin yang amat kuat.. sampai aku tak nampak jalan.. ribut pasir. sampai je kat pam tu, nasib baik hujan tak start lagi kat site aku.
selamaaatttttttt.. cecepat aku bukak control panel tu.. dan blah. bila masa aku pulangkan kunci keta tu kat sabder, dia tanya. "how's ur job? done?". aku dengan selamba je
"done sir". dia pun dengan sukanya sambil shake hand aku "well done". muahahahahhahahahah .. dia tatau yang benda tu, sebab salah aku. dia ingat aku pegi dengan
niat nak siapkan kerja sebelum hujan turun.
moral of the story : sesiapa yang kerja macam aku, silalah buat benda seperti yang aku buat itu. nanti boss ko akan impress.. nak hujan pun masih lagi nak siapkan kerja!

Friday, June 09, 2006

atuk aku

1984 - petang itu sudah lewat, jam sudah agaknya melewati pukul 6.30. aku berlari-lari ke rumah macam biasa sebab kalau lambat, nanti kena sebat. dari jauh aku tgkada 2 org yang aku kenali sedang bercakap-cakapkat depan rumah dengan abah dan mak. "Attuukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk" jerit aku dengan riangnya. Atuk aku dtg dengan pakcikkesayangan aku, Pak Chek. Pak Chek dtg sebab nak hantar atuk aku ke rumah. owh lupa. masa tu aku kat Beserah, Kuantan, Pahang. Rumah aku tu kat Taman Beserah, betul-betul kat bawah bukit beserah, tempat Satelit Bumi Semenanjung tu dibina. satelit tu besar gile. besar laa aku ingat sebab masa tu aku kecik lagi. heh heh heh. sebab tu bila darjah 5, cikgu ajar Alam dan Manusia, pengetahuan Am, aku tau letaknya satelit bumi kat mesia ni. Mesti lah kat Beserah. Bangga aku bila dpt jawab benda tu. hihihi.
Atuk dtg tak lama, kata atuk dia dtg kejap je, nak amik kakak-kakak aku balik Kuala Pilah. Cuti sekolah kan dah start. "nak Ikut" kata aku bila dapat tahu atuk nak balik kg. esok. atuk senyum " okaylah, esok pagi-pagi bangun, kita balik kampung". aku melompat kegembiraan. "yey, esok balik Dioh".(Kg. Dioh tiada kena mengena dengan Dior dan apa-apa yang sekutu dengannya) malam tu aku tidur senyum. gembira laa katakan.
Bangun pagi esok, aku tgk jam, aik.. dah pukul 9 pagi, apasal diorang tak kejutkan aku? aku tgk bilik kakak-kakak aku, kak lang dan kak cik dah tak ada dalam bilik."atuk?" .. tgk bilik pun dah kosong. aku tanya mak aku "mak, atuk mana?" mak aku jawab dengan selamba je, "atuk kau dah balik.." "kakcik ngan kak lang?" tanya aku lagi. "ikut skali". ringkas je jawapan mak aku. hah? diorang tinggalkan aku?.. cisssss.. sedih aku dibuatnya. tak pe .. pegi main ngan kengkawan lah lagi bagus.
petang esok.. aku berlari dengan laju ke rumah. dah lewat sgt dah ni... kena sebat lagi nampaknya hari ni. sesusuk tubuh yang amat aku kenali aku nampak dari jauh. aik? apasal atuk dtg lagi ni. kan ari tu dah balik?. atuk tersenyum tgk aku. aku berlari dan peluk atuk aku .. happy punya pasal.aku tanya atuk, kenapa dtg balik. atuk jawab " nak amik kau lah". hati aku yang 2 hari lepas luka, kembali berbunga."esok bangun pagi-pagi, kita balik kampung okay?". aku melonjak kegembiraan lagi, kali ni aku berazam akan bangun tidur awal. Esok, pagi-pagi lagi atuk dah kejutkan aku. Selalunya aku memang liat bangun pagi, tapi pagi tu dengan cargas aku bangun. hohoho.. balik kampung.. ho ho ho balik kampung.. mcm lagu sudirman tu laa aku nyanyi.
Sampai kuala pilah, pukul 5 petang. sampai kat rumah atuk aku, uwan dah sedia nak menyambut aku." haaaaa ni lah dio cucu yang sampai termimpi-mimpi semalam tu, dah sampai pun". aku tercengang-cengang.aku tanya uwan aku kenapa. uwan aku pun memecahkan rahsia. sememangnya atuk tak pernah ada rancangan nak bawak aku balik kampung. dia memang nak bawak kak lang dan kak cik je balik, tapi masa on the way balik, naik bas dari kuantan ke kuala pilah, atuk tertidur. dalam tidur tu, atuk mimpi pasal aku. dia mimpi yang aku menangis seharian sebab atuk tak bawak aku balik kampung. aku tak mau makan sebab atuk tipu aku.lepas mimpi tu atuk terus terjaga, sampai kuala pilah, esoknya tu jugak atuk dah siap-siap, nak ke kuantan semula. uwan tanya sebab apa.. "nak amik cucu aku, fahimi".

2006 - aku kat sini, kalau arwah atuk masih hidup, aku dah bawak dia jalan-jalan. makan angin. atuk memang suka berjalan.. :)

Thursday, June 08, 2006

lawak

Aku tak ada cerita sgt hari ni tapi disebabkan aku tak k blh tidur disebabkan oleh tonsil aku bengkak dan lidah aku yang luka dek kerana demam aku terfikir pasal lawak bodoh abg aku tahun lepas. apabila aku mengutarakan hasrat utk memodifykan kereta satria aku instead of hasrat dia meracun aku membeli kereta Honda.

Abg aku : Mie, aku dah baiki sikit keta kau tu. Dah okay sikit. Bawak pun dah tak macam dulu.

Aku : iye ke? Bagus laa tu.

Abg aku : Mak Ndak nak jual Honda dia, mau angkat ke?
Aku : aiseyyyy, dah banyak abis utk keta tu laaa.. dah lawa pun. Org nak tukar engine lak tu.
Abg aku : keta kau ni dah okay sebenarnya, cumaaa kalau bawak laju tu.. dia ada kuar sikit bau lah.
Aku : HAH?! Bau? Bau apa?
Abg aku : Bau kemenyan dengan kapur barusss.
aku : Cheeeeessssttttttttttttttt…..

Wednesday, June 07, 2006

demam lagi?

ermm.. i start my day early in the morning today, ye lah.. setelah bercuti hampir 2 hari dan juga bermain takraw dengan gembiranya semalam, takkan aku nak buat-buat sakit lak. nak kena bambu dengan boss blh laa kalau mcm tu.
so as soon as i arrived to the site, i just go and round to see the progress. heh macam boss besar la. ahahah tapi aku tgk bahagian aku je. yang lain pegi mampus dan aku memang tak mau amik tau pasal kerja orang lain. terutamanya pasal musuh aku kt sini. humm owh ..lupa, walaupun aku seorang yang amat penyabar, tetapi aku mempunyai seorang musuh dekat site nih. ermmm .. budak ni jawatan dia ASSistant Architect. jadi aku namakan dia ZZ saje. so ZZ ni dulu masa kat HQ okay saja.. sebab aku sebelum di hantar ke sini, aku kena dok kat HQ dalam sebulan. settlekan beberapa perkara. so within that 1 month dia nampak okay laa .. so bila dia dtg sini( dia dtg 2 bulan lewat pada aku) well, boss aku mcm tak suka dia sgt sebab masa tu tak ada keja architect kat site and dia mmg tak mau ikut cakap boss aku. boss aku suh gi site dia tamo.. dia kata Pn. H suh dia dok opis. boss aku dah start marah and at the end of the day .. dia suh budak tu balik mesia. so . setelah beberapa bulan tenang tanpa kehadiran dia, tetiba dia stg lagi, sebab boss aku suruh dtg check site. so .. start dari tu dia dah jadik gile. dah start ubah design sana sini, tamo guna drawing. aku dah start sakit hati n manyak hangin sama itu budak. sampai satu masa, dia senang-senang je suruh aku ubah design dalam drawing ikut dia punya idea. aku terus terang cakap . dalam approved drawing, macam apa yang aku buat. ko ikut drawing mana? dia jawab "drawing aku". aku terus cakap " heh, kalau ikut drawing ko, aku tamo ikut. menyusahkan aku je". ahahahahah ... and then .. kemuncak kemarahan aku adalah time dia nak kahwin. dia nak kahwin, tapi dia tak cakap dengan kengkawan kat sini. rahsia laa cengkononnya, mcm artis. rupa-rupanya .. dia nak cuti lebih. cilakak punya budak .. dia tak cakap pun dengan boss.. tau tau .. dtg email dari bapak dia which is seorang engineer yang bekerja dengan client kitorang. dalam email tu, dia tulis lebih kurang macam ni lah.. aku masih ingat sebab .. boss aku suruh aku balas email tu. sebab bahasa malaysia dia tak berapa bagus.
emailnya berbunyi begini " saya ingin menjemput saudara J utk hadir ke majlis perkahwinan ZZ yang akan di langsungkan pada xxxx. di sini saya juga berharap saudara J dapat meluluskan permohonan cuti Z yang telah di hantar kepada saudara." cheeesssss.. siap main bapak lagi tuh .. ini org ade telo ke tade telo. pas tu siap tipu bapak, kata ada buat permohonan cuti. cuti lancau laaaaaa.. ahaha .. aku balas balik " tq kerana menjemput, buat pengetahuan saudara .. ZZ tidak pernah menghantar permohonan cuti kepada saya". jahat tak? tapi mmg aku sakit ati. tapi dia punya cuti dpt laa jugak. cheh .. tapi aku punya rancangan .. terlaksana laaa. humm
back to aku demam balik, so masa aku round2 site tadi, this mr ZZ jumpa aku. mintak tlg aku buat itu ini sehingga aku sakit kepala. dan aku terus balik ke bilik, jumpa doktor n tidur. cilakak.. mmg mr ZZ ni pembawak virus.

Brand New Day

Owh i forgot to tell u guys that im on MC yesterday. so today i suppose to start work like usual, but since i dont feel like working today, i just lay my back and continue my sleep. huhhhhhh.. syorgaaaaaaaaaa.. ehehe as a result i woke up at 12 pm. being a good staff, i started to think abt my work and decided to clock in after lunch. i just sit infront of my laptop and read the online news utill i heard some one knocking my door. suprisingly, stood there 2 of my sudanese workers. u'uh .. they came to visit me and ask abt my condition. other than that, they passed me their time sheet. huhuhu.. its been 2 days i didnt sign their time sheet. i totally forgot about them.

after they leave i came to think, did they came to visit me or they only concern abt their time sheet? if they come because they wants to see my condition, they are very concern abt their boss. if they come only for the time sheet.. errrr.. im the important person in their life. hohohoho :)

Monday, June 05, 2006

3rd entry?

hohohohoho.. suddenly ive been showered with all this ideas to write. So its better for me to write it today rather than writing craps in the future.

humm .. to tell u the truth, i have a very small circle of friend. i have my childhood friends, which is most of them i dont know where they are, i have my school friends - i studied in jitra, smsah .. yeaaa.. SMSAH not SEMSAS and few other friends, chatting friends etc. Ermm.. in not going to talk abt friendship but im wanna talk abt 2 best friends.

1st one is abun. i knew him since our school days. he looks like AC mizal .. yesss.. AC from 4u2c and the 2nd one is chics. i knew this girl a long time ago when i was an mirc addicts. ehehe now not anymore. but co-incidently these 2 guys have 1 similarity. they hate klantanese. errrr.. excluding me.. u love me dont u chics? eheheh

well i dunno exactly why they hate klantanese. may be because of the "assabiyah" attitude or because of dialect they use or their attitude. well sometimes i do hate their attitude especially those who always lepaks in CM.

masalahnya budak 2 org ini, abun n chics selalu cakap pasal kekejian budak kelantan sehingga aku terpaksa menenangkan diorang ni dengan berkata " ko jgn benci sgt org kelantan ni sebab takut2 nanti ko akan suka org kelantan, sebab cikgu aku cakap .. kalau kita sgt org tu, nanti org tu juga akan jadi org yang paling kita sayang". still they didnt believe what i say.

as the times goes by, abun met his dream lady. when he introduced it to me .. i smiled.. coz she's a klantanese. hohohoho.. aku dah bagitau dulu abun, ko tanak dengar. ahahah .. they got married last year .

well, as for chics.. i just finished talking to her. she told me abt her new acquaintance. wink.. wink. he's a royalty from kelantan .. who lovessssss his hometown (typical klantanese) so, do you believe me now chics. dont ya? ;)

p/s ; moral of the story, jgn benci org kelantan sgt. nanti kahwin ngan org kelantan.. hihihi

how it started?

june 2004, 8.30 pm , bkt angkasa

aku, abun n acap tgh makan kat gerai makan sofia tomyam kat flat bukit angkasa ni. masa tu aku pokai and acap pun sama. yang ada duit time tu abun je lah. eventough aku kerja lagi awal pada abun, tapi masa tu aku dah benti keja. and aku keja ngan starbucks je nak sara hidup. tengah sedap melantak tetiba abun tanya " eh, camna kau ngan che wan?" aku termenung kejap sebab aku tatau apa nak cakap. "aku janji ngan dia nak pinang dia bulan 8 ni. errr.. tapi dia cam tak caya ngan aku. aku bawak teksi gak ni, nak tambah sikit pendapatan". abun termenung tgk aku " blh ke?". "uisssshhhhhhh.. blhhhhhhhhhh banyak duit woo bawak teksi". last2 skali abun cakap" ko jgn fikir sgt ngan che wan tu ikan. tak pe ada rezeki nanti aku tlg kau".

lepas seminggu dari conversation tu abun suruh aku email resume. katanya Ranhill nak hantar org ke Sudan. suruh jadi balaci kat sana. eheheh dengan rela hati aku menghantar resume aku dan alhamdulillah .. dpt interview.

june 2006, 6.00 pm

here i am. 2 years after the conversation. writing this blog. u'uh curious abt che wan? dia dah kahwin semalam 4th June 2006. moga2 berkekalan ke anak cucu.

prolog

aku rasa aku punya tajuk mcm selalu sgt org dah guna utk bebenda mcm ni. well i dont care coz as for now i cant find any better word to put as a title. humm.. actually i should start writing this blog a long time a go. the 1st day i touch my feet here, the 1st time i breath the air over here and the 1st time dealing with sudanese. but for me .. its never too late. its only too late if im already 6 feets under hohoho.

memula dulu mmg ingat nak tulis awal2 sebab tak ada kerja sgt, tapi masa memula sampai facilities utk internet tak ada. abis camna aku nak access internet? so aku pun kiv ini project. lepas ada internet pun aku dah jadi malas sebab ramai kengkawan n sibuk dengan kerja dan juga games. sungguh gilak aktiviti kat sini. n sekarng semua dah berkurangan, kecuali kerja lah. kawan2 dah start kurang dan aktiviti main games pun dah tak ada. amat membosankan. aku blog hoping dan last skali terfikir nak tulis jugak. aku ni kira org yang mengikut org buat ke? heh pedulik hape aku. at least i have something to do after this..

cheers..