Wednesday, June 28, 2006

Gout

hello, bertemu kita dalam rancangan yang memperihalkan tentang kesihatan. hari ini kita bercakap tentang penyakit gout. Penyakit gout adalah penyakit yang diakibatkan oleh keadaan di mana asid urik di dalam badan berada lebih tinggi dari keadaan normal. Kehadiran asid Urik ini adalah disebabkan oleh badan kita mencernakan protien dan menghasilkan asid urik. dalam keadaan normal, kehadiran asid urik di dalam badan adalah siatu fenomena yang biasa, tetapi bagi pasakit Gout, fenomena ini adalah sedikit tidak normal di mana, penghasilan asid urik itu adalah tinggi. Kehadiran asid ini yang pada mulanya tidaklah mengancam kesihatan, menjadi ancaman besar apabila ia membentuk kristal pada sambungan (joints). maka pembentukan kristal ini menyebabkan pergerakan pesakit menjadi terbatas, lantaran kesakitan yang di alami.
Owh, anda mungkin berasakan bahawa penyakit ini hanya menyerang orang-orang yang mempunya usia yang agak lanjut. jika begitu anda salah. Penyakit Gout juga menyerang orang-orang muda seperti saya. ini kerana ia boleh di warisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Contoh terdekat, adalah saya. dan juga Harry Kewell, pemain bola Australia itu. Nampak gayanya .. tak lama lagi dia akan pencen bermain bola.

Akhir sekali, pesakit gout mestilah mengamalkan diet yang sihat, di mana pesakit gout adalah sama sekali dilarang daripada mengambil makanan yang mempunyai kandungan protien yang amat banyak seperti kekacang, makanan laut, kecuali ikan, dan juga daging merah.

sekian ruangan kesihatan kali ini.. kita bertemu di lain hari .. tata

2 Comments:

Blogger chics@get-pretty! said...

kau ada gout kan?aku tau..hehehehe

4:45 PM  
Blogger mie said...

hihi. aku mmg banyak penyakit, satu lagi, penyakit missy.. dia buat aku jadik rindukn ko. eheheh

5:38 AM  

Post a Comment

<< Home