Thursday, October 04, 2007
Saturday, August 19, 2006
lagu hati
dealova-once
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu,
aku ingin menjadi sesuatu yng mungkin bisa kau rindu,
karena langkah merapuh tanpa dirimu,
oh karena hati telah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memuja mu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
bayangmu seakan akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu oooo
seperti udara yang ku hela kau selalu ada.
oooooooOoooooUUuuuuuuuuooo
tanpa diri mu aku merasa hilanggggggg.. dan sepi
dan sepiiiiiiii
selalu ada .. kau selalu ada ..
selalu ada .. kau selalu ada
indah bukan?? kasiklah kepada kekasih anda .. pasti dapat hadiah yang besar punya ..
Thursday, August 10, 2006
birthday
"still_hakkim: bang mi...nanti kalo bbleh beli perfume tok org satu ek...yg ni dah abes..."
itulah ucapan paling best sekali yang aku penah dpt....
Monday, August 07, 2006
cinta satu
Kenalnya aku dengan cinta sejak umurku baru menjejak 9 tahun. Mungkin agak muda, tapi diumur itulah aku mula mengenal erti suka akan jantina lain dari aku. Dia muncul si sekolah itu sebagai murid baru. Dan ditempatkan di kelas aku, tapi dia duduk di depan kawan sekelas aku, hasrul. Walaupun si hasrul ni agak gondrong, maksud aku, tidak berapa hensem, tetapi dia ada pensel besar. Ermm.. pensel yang besar tu, yang ade lukisan kartun dibadannya dan ber-permadam di hujungnya. Ah, namanya nor baizura. Disebabkan hasrul ada pensel besar, aku lihat norbaizura lebih suka hasrul dari orang lain dalamm kelas tu, termasuklah aku.
darjah 6, aku dengan dia masih lagi sekelas, tapi aku hanya pandang-pandang gitu je la. org dok usik-usik aku dengan dia pun, aku tertunduk-tunduk malu. jejaka pemalu laa katakan. ehehe. lepas UPSR keluar, dia dapat offer peri MRSM kulim, sebab dia dapat 4A. aku? dek kerana aku malas blajo dan tak berapa pandai, aku hanya mampu menyambung persekolahan kat sekolah dato' mahmud je. kat tanah merah. tu laaaa melawan cakap org tua lagi.. mak cakap jgn cuba nak bercinta, awak dah gila bayang.. eheheh
Monday, July 31, 2006
jari

lepas makan, diorang start angkat dryer. dari jauh aku tgk dryer tu dah tergolek sebab forklift yang angkat tu, bawak tak betul. marah dengan keadaan tu, aku pergi tgk. fork lift dah angkat balik dan bawa ke laundrette. dia letak melintang, sebab tadi dryer tu dah tergolek. pekerja sudan garu kepala. aku.. terus arahkan angkat masuk ke dalam. keadaan dryer tu yang melintang menyukarkan aku mengangkat. pada fiiran aku, aku akan menegakkan dryer tu semula semasa angkat. apa yang diorang faham pun aku tatau. masa angkat, mesin tu masih lagi terasa berat walaupun dah 6 orang yang angkat. iye lah, diorang suka curi tulang. bila dah tak tertahan, diorang terus lepas, tanpa amaran pun. tinggallah jari aku yang masih cuba mengangkat. as a result, jari aku tersepit. walaupun aku dah cuba menarik tanganku sebelum itu. yeah, memang jari aku terlepas, tapi.. isinya terkeluar.. darah menitis atas boot . "allahuakbar" jerit aku secara sepontan. kecederaannya amat lah teruk. sepanjang hidup aku, inilah yang paling teruk aku pernah alami. selepas itu aku terus mencarut.
disebabkan oleh zul bawak pick up, jadi aku terpaksa berlari ke site office, 200m dari tempat tu. walkie-talkie pun aku tak bawak. berlari sambil pegang tangan ni, macam kurang laju lah. macam pondan pun ada. tambahan aku pakai safety boot dan helmet, lagi laa kurang laju. owh lupa, rayban aku masih lagi aku pakai. walaupun sakit, gaya mesti ada. eheheheh.. sampai kat office, faizal call pick-up. nasib baik ada.
dalam fikiran aku, hanya ada satu, jgnlah patah!. kalau patah, lagi serius. doktor yang check aku cakap tak ada apa2. dia hanya jahit balik isi yang terkeluar dan balut. 6 jahitan aku dapat untuk itu. 5 injection untuk bius. 1 untuk pain killer, 1 untuk antibiotik. jariku akan hilang keupayaannya untuk berfungsi buat beberapa lama. aku akan balik ke malaysia 18 august ini. aku masih meneka.. mampukah ia berfungsi seperti biasa?
owh . ni dia gambar masa dressing. masa jahit tu, aku tak ambil, sebab aku tgh sakit. tak ingat nak ambil gambar pun. erm.. sorry lah gambar agak blur.. tahan sakit sambil ambil gambar sebelah tangan..
Saturday, July 22, 2006
kemalangan
aku bukak mata, wan kejutkan aku. Dah pukul 7 katanya. Hati aku berat nak meninggalkan katil. Hari ni hari terakhir aku di palouge. Petang ni aku akan balik ke al jabalyn.
Friday, July 21, 2006
cuti
dalam kepala aku, dah merancang-rancang ke mana nak pegi. mula-mula, Port dickson, sebab kitorang ada hari keluarga. lepas tu tioman, dan lepas tu PD sekali lagi, batch aku ada reunion. penuh dengan aktiviti kali ni.
tapi yang paling penting, date aku dengan chics.. hihi.. well.. is it a date? naaahh.. kitorang memang selalu keluar. makan-makan, cerita-cerita. well, dia selalu penuh dengan cerita. dan aku tak jemu-jemu mendengarnya. dari cerita sedih, sampai lah cerita lawak. ah.. miss her smile so much.
chics.. tunggu aku okay?
